Wednesday, November 10, 2010

iStimewa HIJjrah..





CIK yam N anak2

Selamat tengah hari...

Entry aku kali nie nak sentoh pasal bulan islam yang kiter tengah sambot skang...bulan ZULHIJJAH...
Name die memg kiter jarang nak tau kelebihan nye....tapi pada y xtau n xsempat untuk amik tau....bulan nie pon xkurang hebat...meski pon xsehebat bulan SYAWAL y disambot dengan dentuman meriam n bunga api..tapi kiter kn tau yang 10 hari terawal bulan hijjrah nie mmang sangat istimewa..bulan hijjah nie klu kiter convert dalam bulan kapior..same dengan bulan 12...bulan islam cepat...Islam terus maju..hahaha....

Bulan lain pon ade istimewa jugak tapi disebabkan mase aku tngah taip entry nie jatuh bulan zulhijjah..make aku pon taip la pasal bulan nie...aku nie mmang xalim sangat pon..aku nie bnyak wat dosa....Normal la tu kan...sape xpenah wat dosa..habaq mai...sume wat dosa..y beza jumlah n kadar kedosaan y kiter lakukan...Tujuan aku skang bukan nak hebohkan pade sume tentang kadar dosaan aku..skang aku nak kongsi kan enrty pasal bulan ni...kiter same2 kumpulkan pahale n semoga semua amal kiter diterima...Dunia dekat kiamat dah...Bencana merate2...TSUNAMI..GEMPA BUMI..BANJIR...sume dah de...


Kiter ni yang selalu sangat apla ngan nikmat dunia...ble xde nikmat kiter mintak pada ALLAH ...tapi biler ALLAH dah bg nikmat2 n rahmatNyer ade dikalangan manusia nie sering alpa n xbersyukur pada ALLAH..Aku nie xbaik sangat pon..aku slalu gak alpa ngan hal duniawi nie...tapi mase aku taip enrty nie aku nak same2 ingat kan korang akan KENAZAKKAN bumi ALLAH nie...Aku pon xcukup ilmu nak nasihat orang..tapi nie sumbangan kecil aku untuk jumlah pembace yang kecik gak...biler pembace aku nak beso aku pon xtau..xpelah..LESS IS BETTER THEN NOTHING...ilmu kn kongsi...Mungkin ade y tau pasal bulan nie tapi masih ade yang xsempa nak tau..it's ok bebeh...we share 2gether....


KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH..
      HARI                                  KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH,  Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH  turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH  adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.


ANTARA DOA YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADA NABI MUSA A.S..

Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini                    Makna/Pengertian
1 La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu,  lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu,  semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2 Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu,  ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  Tuhan Yang Tunggal,  Yang Dibutuhkan,  Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3 Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa,  Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan,  dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4 Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  baginya kerajaan dan pujian,  menghidupkan dan mematikan,  dan Dia Hidup tidak mati,  di TanganNya semua kebaikan,  dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5 Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi. Allah telah menjamin aku,  dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa,  Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah
 



HARI



AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa
8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 




  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali





  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..





  • Solat sunat qabliyah asar





  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali





  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.





  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib





  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...





  • Solat sunat tasbih





  • Solat sunat hajat





  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali



  • 10 Zulhijjah 
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
     Melakukan korban
     11, 12 dan 13 Zulhijjah (HariTasyrik hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    19 atau 30 Zulhijjah Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

    nota...: amacam...?... hebat ke xhebat nikmat yang ALLAH  bg kat hamba yang wat amal soleh n taat pada Nye.....klo ade yang cakap xhebat..lu tampar pipi lu sampai tebok...n aku doa klo ade y cakap xhebat 2..diberikan hikmah n hidayah dari ALLAH...aku yang bace info ni dah rase amat teruja tapi korang bayangkan klo ALLAH terima amal kiter n dapat plak ganjaran macam yang dijanjikan...perhh....KORANG PK LA...NIKMAT JER AKU RASE....tapi KETERUJAAN KITER MEMBACE XSAME NGAN KETERUJAAN KITER klo dapat ganjaran 2...Same2 la kiter kumpol pahala...bukan untuk orang lain pon..u kiter gak...Semoga amal baik kiter akan diterima n hidop kiter selalu diberkati....Wat 2 kn ikhlas k...jgn nak menunjuk plak  kat pak imam ke sape2..(tampar kang)..

    SELAMAT BERAMAL....daaaa...

    salam..,



    Hamba ALLAH

    No comments: